Perkhidmatan Malaysia Dipuji Dalam Perutusan

Fail:Imgkpk2.jpgnugerah Kepujian Perutusan Keberanian diberikan kepada anggota Angkatan bersenjata ataupun Pasukan Polis untuk perlakuan keberanian

Di dalam perkhidmatan angkatan bersenjata Malaysian dan pasukan keselamatan yang lain, anugerah ini dipanggil Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) (Mention in Despatches). Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian diberikan kepada anggota Angkatan bersenjata ataupun Pasukan Polis untuk perlakuan keberanian yang patut diberikan pujian tetapi tidak sehingga tahap pemberian pingat. Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian boleh diberikan kepada seseorang itu lebih dari sekali dan untuk anugerah-anugerah berikutnya, batu bar ditambah.

Penerima anugerah ini boleh memakai lencana daun palas (laurel) diperbuat dari gangsa dan disematkan kepada riben lain-lain anugerah yang diterima oleh pemakainya. Jika penerima anugerah Kepujian Perutusan Keberanian tidak mempunyai apa-apa anugerah pingat, dia boleh menyematkan lencana Kepujian Perutusan Keberanian di atas pakaian pemakainya. Lencana ini juga boleh disematkan kepada sehelai kain yang sama warna dengan warna pakaian pemakainya. Anugerah Kepujian Perutusan Keberanian dimulakan pada 29 Julai 1960 and diwartakan pada 11 Ogos 1960.